Cara Tenangkan hati..

Bismillahirahmanirrah...
ad sape2 yang tengah risau,runsing,cemas tak tentu pasal..
ini ad penawar sikit nk bagi...


1) Dirikan solat dan banyakkan berdoa -
Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w.
Paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat 
Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran 
Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi.Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Bermaaf-maafan sesama kawan setiap hari 
Semasa meminta maaf perlu sebutlah kesalahan yang telah kita lakukan..hati mestilah ikhlas..baru dapat pahala berlipat kali ganda..

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif -
Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah
"Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda 
Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan didalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian...apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
x percaya ???CUBALAH!!

8) Berpuasa
Dengan berpuasa..segala perkara yang x di ingini x akn berlaku..insyaAllah..

9) Cuba ingat tentang mati
(Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.
apa salahnya belanja kawan2 kita makan...kalau x dapat nk belanja makan kentaki...belanja piza panas pun jadilah..

13) Jaga makanan 
jangan makan makanan yang subhat..satu lagi jgn makan terlalu kenyang nnti memudaratkan diri...ingat tu..

14) Berkawan dengan ulama..
berkawan dengan ulama dapat meningkatkan lagi kefahamn kita tentang agama kita..

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)..
dengan cara ini..kita akan sentiasa merendah diri..bukan itu saja kita juga akan sentiasa ingat asal usul kita..

16) Menjaga pacaindera (mata, telinga,mulut...dsb), 
jangan dengar orang mengumpat.
jika tak nak makan daging sedara sendiri nnti di akhir..jgn cuba2 nk mengumpat ye..









dah abis baca...? silalah komen sikit..

No comments: