hello..apa kabar semua...rindunya kat kamu semua...minggu ini sibuk sikit...macam-macam benda kena buat...buat tu la..buat ni..sampai pening kepala...entry kali ni pasal..
bulan-bulan islam
Muharram
Muharam ertinya diharamkan. Bulan ini merupakan bulan yang termasuk dalam senarai bulan-bulan yang diharamkan berperang.
Safar
Safar
adalah bulan ke-2 dalam bulan Islam yang bererti kosong, kerana
penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang
dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas. Rumah
menjadi kosong.
Rabiulawal dan Rabiulakhir
Rabiulawal
dan Rabiulakhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu ini pokok
mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau. Rabiulawal dan Rabiulakhir
merupakan bulan Islam yang ke-3 dan ke-4.
Jumadilawal dan Jumadilakhir
Jumadilawal
(Jumada al-Awwal) dan Jumadilakhir (jumada al-Akhir) , merupakan
bulan ke-5 dan ke-6. Perkataan Jumada bermaksud kemarau di mana bulan
ini merupakan musim kemarau yang bermula pada bulan Jamadilawal dan
berakhir pada Jamadilakhir.
Rejab
Rejab
adalah bulan ke-7 pula bermaksud mengagungkan dan membesarkan. Menurut
sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan orang Arab dengan menyembelih anak
unta pertama dari induknya. Pada bulan ini dilarang berperang dan pintu
Ka'bah dibuka.
Syaaban
Syaaban
bererti berselerak/ pecahan yang banyak, di mana pada zaman Arab
sebelum Islam mereka keluar bertebaran pada bulan ini setelah terpaksa
berkurung di rumah ketika bulan Rejab. Pada bulan ini juga, mereka
keluar beramai-ramai mencari air dan makanan.
Ramadhan
Ramadhan
merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Ia bererti terik atau
terbakar, kerana kebiasaannya pada bulan ini, cuaca sangat terik dan
panas di Semenanjung Arab. Dan setelah Islam menapak, bulan ini
merupakan bulan puasa bagi umat Islam.
Syawal
Syawal
pula dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada
waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala
yang bermaksud sedikit atau berkurangan. Manakakala setelah kedatangan
Islam, Syawal merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah melewati
masa latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa
Ramadan. Pada awal bulan Syawal, kaum Muslim merayakan Hari Raya Idul
Fitri atau perayaan yang menandai kemenangan melawan hawa nafsu. Syawal
merupakan bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah.
Zulkaedah
Zulkaedah
merupakan bulan ke-11, ia merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman
sebelum Islam tidak berperang kerana ia termasuk dalam bulan-bulan
haram berperang. Perkataan Kaedah itu berasal dari 'Qa 'ada' yakni
duduk.
Zulhijjah
Zulhijjah
adalah bulan ke-12 dan bulan terakhir Hijrah. Ia disebut Zulhijah
(Ar.: Zu al-Hijjah) yang berarti "yang empunya haji". Pada zaman
sebelum kedatangan Islam, bulan ini merupakan bulan untuk melakukan
ibadah haji ke Mekah (Ka'bah). Setelah kedatangan Islam, ibadah haji
masih tetap dilaksanakan pada bulan Zulhijah yakni pada tanggal 8, 9
dan 10 Zulhijah.
dah abis baca...? silalah komen sikit..